Saturday, May 22, 2010

Ayat Hafazan Tingkatan 2


Surah Ali 'Imran ayat ke-18;



video



Terjemahannya: Telah dinyatakan oleh Allah bahawa tiada Tuhan melainkan Dia, dan malaikat-malaikat serta orang yang berpengetahuan pun naik saksi (bahawa Allah keadaan-Nya) berdiri dengan adil, tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang Maha Perkasa lagi Bijaksana.


Marilah kita sama-sama menghafaz ayat ini dan mengamalkannya sebagai bacaan atau wirid sesudah solat. moga-moga kita mendapat keberkatan dan hikmahnya, insyaAllah..

Monday, May 10, 2010

Tazkirah sepanjang ZAMAN


Bismillahirrahmanirrahim
.


Menurut Sayyidina Ali r.a terdapat
6 syarat menuntut ilmu;


1) bijak
2) bersungguh-sungguh
3) sabar
4) cukup belanja
5) sepanjang zaman
6) tabah


Think wisely...


Iman ialah mengaku dengan lidah dan hati akan adanya dan wujudnya Allah S.W.T

Ilmu ialah cahaya, pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh secara langsung atau tidak langsung.

Iman apabila bergabung dengan ilmu akan menghasilkan umat yang berjaya duniawi dan ukhrawi.

Ilmu tidak akan sempurna tanpa iman. Ilmu juga sia-sia tanpa amal.

Iman, ilmu dan amal ibarat tiga sahabat akrab, tiga serangkai yang tidak boleh dipisahkan.

Jadilah muslim yang berilmu dan beriman serta beramal dengan ilmu yang ada agar iman tetap terpelihara.


*nota kaki* tazkirah ini telah diberikan oleh senior di zaman berasrama dulu kala sebagai peringatan kita bersama kerana manusia itu mudah lupa. hakikat manusia itu dari kata akarnya (nun) (sin) (ya) yang membawa makna lupa. marilah kita sama-sama beringat kerana ilmu tanpa amal itu adalah sia-sia dan ilmu bersama amal jualah yang membentuk serta mengukuhkan iman kita..


Wallahua'lam.