Friday, December 10, 2010

Ada Apa dengan BIRTH-DAY?


Dialog seorang anak dara bersama seorang wanita bernama emak di pagi yang hening...


"Mak, sampai hati mak..."

"Apa?"

Huuuhuuhuuuuu~~ Sayu si anak gadis berpura-pura menangis.

"Sampai hati mak, penat-penat adik kecohkan birthday adik semalam. Mak tak wish apa pun hari ni.. huhuu.."

"Baca yaasin tu,"

Erk.. Terdiam si gadis. 'Adik dah baca semalam... hehehe..' hati kecilnya membalas girang. Segaris senyuman terlukis di raut wajah gadis itu. Ucapan hamdalah bergema di sanubari.



***********


Ada Apa dengan BIRTH-DAY??

Saya berdialog dengan mak saya pada awal pagi tadi, 4 Muharram 1432H. I'm getting older!! Mengikut kalendar hijrah, tarikh lahir saya adalah pada 4 Muharram 1407. Bermakna, saya sudah melangkah ke jubli perak. Ya, saya sudah 25 tahun selepas maghrib semalam. Tetapi mengikut perkiraan masihi, saya masih lagi 24 tahun 3 bulan 1 hari.

Herm, ada apa dengan birthday? Selepas berdialog dengan mak pagi tadi, saya terfikir,

Ada apa dengan birthday? Kenapa orang yang dilahirkan terlebih excited daripada orang yang melahirkan? Siapa yang sepatutnya dapat penghargaan? Hadiah-hadiah? Ucapan tahniah?

Seingat saya, sepanjang hidup 25 tahun ni, saya tak pernah lagi cakap dekat mak, terima kasih lahirkan adik, mak.. Tak pernah saya ucapkan kata-kata tu pada setiap ulang tahun kelahiran saya. Tak pernah. Hakikatnya mak yang susah payah mengandung 9 bulan 10 hari, kemudian melahirkan saya. Saya senang lenang dalam perut, makan semua mak yang support, tau-tau bila lahir, orang bagi hadiah, orang bagi duit. Sepatutnya mak yang dapat semua tu..


Ada Apa dengan BIRTH-DAY??

Hamdan lillah, syukran lillah.. Terima kasih emak, terima kasih abah...

Bersyukurlah kita dilahirkan ke muka bumi, diberi peluang hidup sebagai hamba-NYA. Berdoalah agar kita sentiasa dalam rahmat-NYA, lahirnya kita dalam tangis gembira dan moga-moga perginya kita juga nanti ditemani amalan mulia. Moga mati kita dalam husnul-khatimah, insyaAllah.