Tuesday, August 23, 2011

Kecil Si Hati Kecil


Kecil si hati kecil
Bilakan membesar
Ibu tua makan dalam
Anak dara rajuk tenggelam

Kecil si hati kecil
Mungkin jua tidak membesar
Terpendam dalam rasa sang ibu
Demi terlihat wajah polos itu

Kecil si hati kecil
Entahkan membesar
Anak dara main sembunyi
Keluh kesah tak henti menyanyi

Kecil si hati kecil
Mujur jua tidak membesar
Hati ditoreh merah tak darah
Jiwa tercarik mujur tak barah



Monday, August 1, 2011

Ahlan ya Ramadhan


Terubat rasa rindu
Terkenang waktu dulu
Kenangan mengusik kalbu
Mujur sempat ketemu

Ahlan ya Ramadhan...





Hati rancak mengatur rencana
Harap dapat sampai ke sana
Diam sendiri bukan terpana
Harapan rencana iman terjana

Ahlan ya Ramadhan...






Ramadhan bulan berkat
Dalamnya terkandung seribu rahmat
Luangkan masa biar tak terhambat
Agar kekangan waktu bisa terubat

Ahlan ya Ramadhan Kareem...

Saturday, July 9, 2011

Pandanglah, lihatlah.......



Pandanglah, lihatlah. Bacalah, tafsirlah. Halusnya syirik ini. Na'uzubillahi min zalik.


credit to : milosuam & frank-hassan


Entahkan masih ada lagi atau tidak banner seumpama ini dan adik beradiknya di Putrajaya. Sekali lalu dibaca, ada keangkuhan yang terselit. Entah apa motif sebenar, Allah yang Maha Mengetahui. Allah kurniakan akal kepada manusia supaya tidak hanya berotak seperti hidupan yang lain. Sesungguhnya, mata hati yang tidak dicelikkan lagi sengaja dibutakan maka jawabnya pertimbangan akal akan terganggu dengan bisikan-bisikan yang hanya boleh dilawan dengan kekuatan iman.

Al-Quran, kalamullah bukan sekadar dibaca berulang kali tanpa didalami dan difahami tiap baris kata. Firman Allah dalam surah Al-Ankabut ayat 62,




Terjemahannya : Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan (rezeki itu) baginya sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
(Al-Ankabut: 62)


Ingatlah, rezeki Allah beri segala sesuatu akan ditanya. Nikmat dunia hanya sementara. Rezeki melimpah ruah bukan petanda setiap amal perbuatan diredhai Allah bahkan ianya satu ujian selain sedikit ganjaran buat hamba-Nya. Hanya yang bongkak lagi angkuh hidup menongkat dunia yang berada dalam kepura-puraan. Nikmat Allah yang manakah yang kamu dustakan? Sudah puas berlari mungkin sehingga terlupa untuk berjalan apatah lagi bertatih.

Cukuplah.


Wallahu'alam.



Thursday, July 7, 2011

Saya suka, menjenguknya kali pertama..



Saya suka.....







Ilmu itu pabila dikongsi pasti akan bertambah melimpah ruah... Biiznillah..


Friday, June 24, 2011

L.I.B.E.R.A.L.I.S.M.E.




*untuk awak & awak....*


"Saya mencari tudung bidang 50 @ 60.. Boleh awak recommend mana-mana places yang senang dijumpai tudung bidang 50 @ 60 yang berbentuk empat segi dan perlu dilipat menjadi lebih kurang seperti tiga segi sebelum diletakkan di atas kepala untuk dijadikan hijab?"


"Ala beli je tudung siap tu. Up to date la sikit."


"Tak mahu.. Nak yang macam saya biasa pakai ni,"


"Tak ada dah.. Orang sekarang pakai yang lilit-lilit tu ke tak pun yang sauk terus je tu,"


"Yang lilit-lilit macam nak terbelit tu? Tak takut ke nanti dekat akhirat kena lilit dengan ular pulak?"


"Apa kes? Ada hadis? Dalam surah mana?"


"Awak ni,"


"Betul apa aku kata. Kau ni cuba berfesyen sikit. Tak ada la orang boring tengok,"


"Tak apa, yang penting nanti jangan suami saya yang boring. Apa yang lebih penting, saya takut Allah 'boring' tengok saya,"


"Kau ni cakap ikut sedap mulut je. Allah mana boring. Allah kan adil,"


"Bukan saya cakap ikut sedap mulut,"


 "Ala apa-apa ajela. Kau pergi Jalan TAR nanti. Cari je dekat situ. Belambak ada tudung fesyen lama gitu."


"Tapi kebanyakan yang saya tengok sekarang tudung stail baru tu,"


"Itulah aku kata, kau kena pandai berfesyen.. Ala kalau tak jumpa dekat Jalan TAR, try usha Jalan Masjid India pulak. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih,"


"Kalau nak pakai fesyen macam awak ni, senang tak?"


"Senang je, kau try la. Percayalah aku cakap. Yang penting cantik."


"Yang penting cantik?"


"Of course,"


"Sampai orang lain pandang dua tiga kali? Pusing 360º, gitu?"


"Of course. Aku jujur. Orang lain mungkin akan kata taklah mana ada gitu, tapi aku cakap direct. Memang aku nak orang pandang aku,"


"Tapi dulu awak pakai tudung macam saya ni pun tetap sweet, anggun. Ikut syariat lagi.  Tak ada pulak sampai lilit-lilit macam ni. Tudung ni nak halang dari pandangan lelaki ajnabi tau awak. Kecantikan awak, suami saja yang ada hak. Bersederhana la awak senang kata,"


"Hah iya la. Sederhana lah ni. Sama la jugak macam sekarang ni. Ikut syariat apa. Labuh tutup dada."


"Tapi tak tertutup sepenuhnya. Ini bukan ikut syariat ni awak, ni ikut fesyen. Takkan dalam nak tutup aurat kena berfesyen sampai macam ni, awak. Awak tak rasa pelik ke?"


"Apa yang peliknya?"


"Peliknya pada cara pemakaian tudung awak sekarang ni,"


"Ni orang tak panggil tudung la. Selendang. Sedap sikit shawl. kau nak kain yang macam mana, semua ada."


"Saya nak kawan saya yang dulu,"


"Kita tak boleh duduk dekat takuk lama la wei. Come on la. Orang sekarang dah lebih berani dalam berfesyen. Islam tu mudah, right?"


"Ya, Islam memang mudah. Tapi rasanya awak dengan kawan-kawan awak terlalu ambil mudah dengan Islam. Awak dah lari dari landasan,"


"Landasan apa pulak ni... Kereta api? Kapal terbang? Meleret la kau ni. Kau nak tanya mana nak dapat tudung bidang 50 @ 60 yang berbentuk empat segi dan perlu dilipat menjadi lebih kurang seperti tiga segi sebelum diletakkan di atas kepala untuk dijadikan hijab, kan?"


"Em em,"


"Hm so aku dah bagitau mana kau boleh try usha, apa lagi.. Kau yang pelik aku rasa. Orang semua dah ke bulan kau masih lagi gali tanah,"


Saya cuma kesian dekat awak,"


"Apa kes kau nak kesian dekat aku tiba-tiba ni? Kesian dekat diri kau dulu tu ha.. Outdated. Old-fashioned."


"Awak tahu tak kita pakai tudung ni untuk apa sebenarnya?"


"Tutup auratla."


"Syaratnya macam mana?"


"Tak nampak rambut. Tutup dada."


"Yang sekarang ni awak pakai, macam mana?"


"Tutup dada la ni. Rambut pun tak nampak. Kau nak cari salah aku, cepat je kan,"


"Bukan saya nak cari salah awak. Saya sayang awak. Tutup dada ke macam ni, awak?"


"Tak cukup tutup lagi ke?"


"Belum. Ini macam gaya ayah balut nangka dekat belakang rumah saya tu je awak,"


"Kau hina aku?"


"Bukan hina, tapi saya cuba jadi jujur. Okay, fesyen awak semalam masa dinner faculty, fesyen apa pulak tu yang awak pakai?"


"Itulah kau ni, orang semua maju ke depan. Kau still nak duduk dekat tempat lama. Itu latest fashion tau. Malas aku cakap panjang-panjang. Kau bukan tahu pun."


"Itu fesyen dekat dalam rumah je awak. Bukan untuk tayangan umum. Fesyen macam waktu saya lepas cuci rambut. Leher walaupun awak dah tutup dengan lilitan apetah saya tak tahu nama dia, tapi nampak jelas bentuk leher, bukan? Dada pun tak tutup. Kalau setakat tutup dengan baju atau kain perca sana-sini, bukan tutup aurat macam tu. Itu bukan maju namanya tu awak. Lagi mundur saya rasa. Kita ni umat akhir zaman memang seakan kembali ke zaman jahiliyyah. Saya takut. Saya sayangkan awak,"


"Kau ni melampau tau. Kau tu yang berfikiran sempit. Islam ni tak menyusahkan umat lah."


"Siapa kata Islam menyusahkan umat?"


"Tak perlu orang kata. Tengok kau ni je aku rasa kau buat Islam jadi complicated,"


"Awak rasa macam tu?"


"Kau rasa macam mana?"


"Saya rasa awk buat Islam jadi liberal."


"Open minded la sikit kau ni. Malas dah la aku nak cakap. Kau bukan faham pun."


"Saya tak nak cuba faham liberalisme. Saya takut."


"Apa kau kata?"


"L.I.B.E.R.A.L.I.S.M.E."


"Liberalisme?"





*maaf terkasar bahasa dgn awak & awak..... renung-renungkan*

 

Monday, June 20, 2011

Percaya atau Tidak?


Percaya atau tak seseorang tu berkaitan sesuatu perkara, bukan 100% kerja mata. Tapi mata kena bekerjasama dengan hati & akal yang Allah dah bagi. Hasilnya, kepercayaan akan lebih berasas, pasti dan lebih berkeyakinan.

Contoh macam gambar dekat bawah ni,
 

 


Ini gambar apa agak-agaknya?


Gambar macam inilah yang dikatakan bukti tak kukuh. Bukti kurang jelas. Bukti tak meyakinkan. Bukti ada keraguan.


Mata kita hanya melihat gambar yang telah diambil dari angle yang begitu dan terus kita jump to conclusion,

"he's dating with somebody and he's doing something."

which is wrong, sebab bukti yang kita ada meragukan. Tapi tak salah kalau yang kata kelakuan sebegini menimbulkan fitnah. Tuduhan begitu lebih berasas daripada tuduhan yang lebih berat.


Hakikatnya kalau kita lihat perkara yang sebenar,




inilah realitinya...


Tuesday, June 14, 2011

Belacak


Saya baru 1st time dengar nama sejenis haiwan ni last month.. Hiburan belacak pada suatu petang bersama housemate di sabak bernam. Sabak Bernam Waterfront.. hoho bunyi macam hebat, sabak bernam waterfront.. haha.


Gambar yang dipaparkan bawah ni bukanlah dekat sabak waterfront tapi di bno..... hiburan suatu petang juga.


Ini dia belacak and the gang.....



Ini baru tiga sekawan..


Mereka berlapan
Ini yang gagah menongkah ombak



Tiga gambar dekat atas menggambarkan belacak yang hebat. Hebat bertahan dan terus bertahan.


Okay sekarang saya post gambar before, meaning to say, sekampung belacak sedang sunbathing di BNO sebelum air pasang melimpah ruah. Kalah mat saleh you.. Tapi gambar tak ceritakan everything. Hakikatnya, umpama ada pesta belacak waktu itu.


Take a look at these two pictures..



Siang pesta muda-mudi~

Hobi kami ialah berjemur

Saya sangat teruja umpama melihat binatang yang sudah pupus seperti burung dodo misalnya. Buat para ibu bapa dan guru, tugas anda, pastikan anak-anak dan kanak-kanak tidak ketinggalan mengenal dunia dan isinya.. (",)


Sekian..


Lokasi penggambaran : Pantai Bagan Nakhoda Omar (BNO), Sabak Bernam, Selangor.