Friday, December 10, 2010

Ada Apa dengan BIRTH-DAY?


Dialog seorang anak dara bersama seorang wanita bernama emak di pagi yang hening...


"Mak, sampai hati mak..."

"Apa?"

Huuuhuuhuuuuu~~ Sayu si anak gadis berpura-pura menangis.

"Sampai hati mak, penat-penat adik kecohkan birthday adik semalam. Mak tak wish apa pun hari ni.. huhuu.."

"Baca yaasin tu,"

Erk.. Terdiam si gadis. 'Adik dah baca semalam... hehehe..' hati kecilnya membalas girang. Segaris senyuman terlukis di raut wajah gadis itu. Ucapan hamdalah bergema di sanubari.



***********


Ada Apa dengan BIRTH-DAY??

Saya berdialog dengan mak saya pada awal pagi tadi, 4 Muharram 1432H. I'm getting older!! Mengikut kalendar hijrah, tarikh lahir saya adalah pada 4 Muharram 1407. Bermakna, saya sudah melangkah ke jubli perak. Ya, saya sudah 25 tahun selepas maghrib semalam. Tetapi mengikut perkiraan masihi, saya masih lagi 24 tahun 3 bulan 1 hari.

Herm, ada apa dengan birthday? Selepas berdialog dengan mak pagi tadi, saya terfikir,

Ada apa dengan birthday? Kenapa orang yang dilahirkan terlebih excited daripada orang yang melahirkan? Siapa yang sepatutnya dapat penghargaan? Hadiah-hadiah? Ucapan tahniah?

Seingat saya, sepanjang hidup 25 tahun ni, saya tak pernah lagi cakap dekat mak, terima kasih lahirkan adik, mak.. Tak pernah saya ucapkan kata-kata tu pada setiap ulang tahun kelahiran saya. Tak pernah. Hakikatnya mak yang susah payah mengandung 9 bulan 10 hari, kemudian melahirkan saya. Saya senang lenang dalam perut, makan semua mak yang support, tau-tau bila lahir, orang bagi hadiah, orang bagi duit. Sepatutnya mak yang dapat semua tu..


Ada Apa dengan BIRTH-DAY??

Hamdan lillah, syukran lillah.. Terima kasih emak, terima kasih abah...

Bersyukurlah kita dilahirkan ke muka bumi, diberi peluang hidup sebagai hamba-NYA. Berdoalah agar kita sentiasa dalam rahmat-NYA, lahirnya kita dalam tangis gembira dan moga-moga perginya kita juga nanti ditemani amalan mulia. Moga mati kita dalam husnul-khatimah, insyaAllah.


Sunday, October 17, 2010

5 Hari Mustajab Berdoa


Sedikit ilmu untuk dikongsi bersama.. [sumber: Tanyalah Ustaz, tv9 Dekat di Hati]


5 Hari Mustajab Berdoa

1) Awal Rejab

2) Nisfu Syaaban

3) Malam Aidilfitri

4) Malam Aidiladha

5) Hari Jumaat - ada 12 waktu mustajab untuk berdoa pada hari jumaat


Kebiasaan waktu mustajab berdoa, antara azan & iqamah, dalam sujud rakaat yang terakhir (berdoa dalam hati, bukan lafaz) dan juga 2/3 malam. Tapi, untuk berdoa  ni tak perlu tunggu hari-hari atau waktu-waktu yang mustajab. Apa yang penting, kita selalu berdoa, minta kebaikan dari Allah. Bila kita sentiasa ingat dekat DIA, berkali ganda DIA ingat dekat kita.. betul tak? Selamat beramal~


Wallahua'lam..

Wednesday, August 4, 2010

Mari Merebut Peluang!


TAWARAN PINJAMAN PELAJARAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR SESI KEDUA TAHUN 2010


TAWARAN PINJAMAN PELAJARAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR SESI KEDUA TAHUN 2010

Pemohon adalah dipelawa untuk memohon Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor dan Pinjaman Pelajaran Tenaga Mahir `Fast Track' bagi mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi Sesi Kedua Tahun 2010 bermula pada 02 Ogos 2010 (Isnin)


1. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN


Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat D.Y.M.M. Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:

(i) Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau

(ii) Ibu atau Bapa pemohon lahir di Negeri Selangor; atau

(iii) Pemohon lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974; atau

(iv) Pemohon telah bermastautin lebih dari lima (5) tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung.


2. Tawaran ini adalah terbuka bagi peringkat pengajian seperti berikut:

(i) Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor:


Semua bidang pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/ Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang diiktiraf oleh Kerajaan serta pengajian peringkat Sijil di Politeknik/ Kolej Komuniti (tidak termasuk Matrikulasi/ Kursus Persediaan/ Tahun Asas/ A-Level/ ACCA/ LCCI/ Ijazah Lanjutan).

(ii) Pinjaman Pelajaran Tenaga Mahir ?Fast Track? Negeri Selangor:


Bidang kemahiran dan teknikal peringkat Sijil di IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian dalam tempoh kurang dari satu (1) tahun sahaja.


3. Pemohon juga mestilah memenuhi syarat-syarat kelayakan akademik seperti berikut :


Peringkat Pengajian

Kelayakan Akademik


Ijazah Pertama

  • Memperolehi kelayakan Sijil Tahun Asas / Pra-Ijazah / Matrikulasi / Diploma dengan kelulusan PNGK / CGPA 2.50 ke atas ; atau
  • Memperolehi sekurang-kurangnya empat (4) Gred C dalam mana-mana matapelajaran di peringkat STPM ; atau
  • Memperolehi sekurang-kurangnya lima (5) kelulusan (jayyid) dalam mana-mana matapelajaran di peringkat STAM


Diploma

  • Memperolehi sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam mana-mana matapelajaran di peringkat SPM; atau
  • Memperolehi kelayakan Sijil dengan kelulusan PNGK / CGPA 2.50 ke atas.


Sijil IPTA

  • Memperolehi sekurang-kurangnya empat (4) kepujian dalam mana-mana matapelajaran di peringkat SPM

Sijil IPTA

(Bidang kemahiran & teknikal sahaja)

  • Memperolehi sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian dalam mana-mana matapelajaran di peringkat SPM;


PROSEDUR PERMOHONAN

1. Borang permohonan berharga RM3.00 boleh diperolehi melalui :

i) Kaunter: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Cawangan Biasiswa & Pinjaman Pelajaran, Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor; atau

ii) Pos: Dengan mengemukakan sampul surat 16 cm x 23 cm yang dilekatkan dengan setem 50 sen beralamat sendiri beserta wang pos/ money order bernilai RM3.00 atas nama Bendahari Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor ke alamat seperti yang tersebut di bawah.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan ke alamat berikut:


Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Cawangan Biasiswa & Pinjaman Pelajaran
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

2. Tarikh tutup permohonan adalah pada 01 Oktober 2010 (Jummat). Borang-borangyang diterima selepas tarikh tersebut atau didapati tidak lengkap tiadak akan dipertimbangkan. Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan permohonan, sila hubungi Urus Setia di talian 03-55212275 atau 03-55447480/7543

3. Permohonan yang tidak mendapat sebarang maklumbalas dalam tempoh tigas (3) bulan selepas tarikh tutup permohonan ini adalah dianggap tidak Berjaya. Keputusan permohonan boloeh disemak melalui laman web rasmi Negeri Selangor www.selangor.gov.my

Saturday, May 22, 2010

Ayat Hafazan Tingkatan 2


Surah Ali 'Imran ayat ke-18;







Terjemahannya: Telah dinyatakan oleh Allah bahawa tiada Tuhan melainkan Dia, dan malaikat-malaikat serta orang yang berpengetahuan pun naik saksi (bahawa Allah keadaan-Nya) berdiri dengan adil, tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang Maha Perkasa lagi Bijaksana.


Marilah kita sama-sama menghafaz ayat ini dan mengamalkannya sebagai bacaan atau wirid sesudah solat. moga-moga kita mendapat keberkatan dan hikmahnya, insyaAllah..

Monday, May 10, 2010

Tazkirah sepanjang ZAMAN


Bismillahirrahmanirrahim
.


Menurut Sayyidina Ali r.a terdapat
6 syarat menuntut ilmu;


1) bijak
2) bersungguh-sungguh
3) sabar
4) cukup belanja
5) sepanjang zaman
6) tabah


Think wisely...


Iman ialah mengaku dengan lidah dan hati akan adanya dan wujudnya Allah S.W.T

Ilmu ialah cahaya, pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh secara langsung atau tidak langsung.

Iman apabila bergabung dengan ilmu akan menghasilkan umat yang berjaya duniawi dan ukhrawi.

Ilmu tidak akan sempurna tanpa iman. Ilmu juga sia-sia tanpa amal.

Iman, ilmu dan amal ibarat tiga sahabat akrab, tiga serangkai yang tidak boleh dipisahkan.

Jadilah muslim yang berilmu dan beriman serta beramal dengan ilmu yang ada agar iman tetap terpelihara.


*nota kaki* tazkirah ini telah diberikan oleh senior di zaman berasrama dulu kala sebagai peringatan kita bersama kerana manusia itu mudah lupa. hakikat manusia itu dari kata akarnya (nun) (sin) (ya) yang membawa makna lupa. marilah kita sama-sama beringat kerana ilmu tanpa amal itu adalah sia-sia dan ilmu bersama amal jualah yang membentuk serta mengukuhkan iman kita..


Wallahua'lam.

Monday, March 15, 2010

Mari Explore!


Ilmu Allah seluas lautan. Makin banyak yang kita belajar just then we'll realize makin banyak yang kita perlu tahu.. Firman Allah dalam surah An-Nahl:44, terjemahannya:

"... Dan Kami turunkan kepada kamu al-Quran, agar kamu menerangkan kepada manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka agar mereka memikirkan."

Nabi Muhammad S.A.W dah menyampaikan apa yang sepatutnya disampaikan. Tugas kita umat akhir zaman, timbalah ilmu sebanyak yang mungkin selagi nyawa dikandung badan selagi selagi iman selari dengan kewarasan akal. Tapi kena sentiasa beringat, ilmu tanpa amal ibarat...?

Makanya, i would like to share this


with all.. Semoga ilmu kita makin bertambah selama mana kita menyebarkan ilmu pada orang lain..
Sharing is caring, right? (",)

Monday, March 8, 2010

mari mengaji...


Al-Baqarah 2:284-286


بسم الله الرحمن الرحيم






Maksudnya: Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu menyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Dia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.








Maksudnya: Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah dan Malaikat-malaikatNya dan Kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata:) Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami dan kepadaMu jualah tempat kembali.







Maksudnya: Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan Kami! Janganlah Engkau bebankan kami kepada bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami, oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.

Thursday, February 18, 2010

kau srikandi terpilih


hadirmu membawa kebahagiaan


kau srikandi terpilih

suburmu di taman larangan

kau hamba DIA Kekasih

sujud penuh keimanan

kau srikandi terpilih

Aisyah Humaira' insan pilihan

layar bahtera sang kekasih

mekar mewangi dalam ingatan

kau srikandi terpilih...

A Touching Story...


(from forwarded email) True story from “somebody”….. here it goes….


My wife called, ‘How long will you be poring over that newspaper? Will you come here and make your darling daughter eat her food?’


I tossed the paper away and rushed to the scene.
My only daughter Sindu looked frightened.


Tears were welling up in her eyes. In front of her was a bowl filled to its brim with Curd Rice.

Sindu is a nice child, quite intelligent for, her age. She has just turned eight.


She particularly detested Curd Rice. My mother and my wife are orthodox, and believe firmly in the ‘cooling effects’ of Curd Rice! I cleared my throat, and picked up the bowl. ‘Sindu, darling, why don’t you take a few mouthful of this Curd Rice?Just for Dad’s sake, dear. And, if you don’t, your Mom will shout at me’I could sensemy wife’s scowl behind my back.


Sindu softened a bit, and, wiped her tears with the back of her hands. ‘OK, Dad. I will eat – not, just a few mouthfuls, but the whole lot of this. But, you should…’ Sindu, hesitated.


‘Dad, if I eat this entire curd Rice, will you give me whatever I ask for?’


‘Oh sure, darling’.


‘Promise?’


‘Promise’.


I covered the pink soft hand extended by my daughter with mine, and clinched the deal. ‘Ask Mom also to give a similar promise’, my daughter insisted. My wife slapped her hand on Sindu’s, muttering ‘Promise’, without any emotion.


Now I became a bit anxious. ‘Sindu dear, you shouldn’t insist on getting a computer or any such expensive items. Dad does not have that kind of money right now. OK?’


‘No, Dad. I do not want anything expensive’., Slowly and painfully, she finished eating the whole quantity.


I was silently angry with my wife and my mother for forcing my child eat something that she detested.


After the ordeal was through, Sindu came to, me with her eyes wide with expectation.


All our attention was on her.


‘Dad, I want to have my head shaved off, this Sunday!’ was her demand.


‘Atrocious!’ shouted my wife, ‘A girl child having her head, shaved off? Impossible!’


‘Never in our family!’ my mother rasped.


‘She has been watching too much of television. Our culture is getting totally spoiled, with these TV programs!’


‘Sindu darling, why don’t you ask for something else? We will be sad seeing you with a clean-shaven head.’


‘No, Dad. I do, not want anything else’, Sindu said with finality.


‘Please, Sindu, why don’t you try to understand our feelings?’ I tried to plead with her.


‘Dad, you saw how difficult it was for me to eat that Curd Rice’., Sindu was in tears.


‘And you promised to grant me whatever I ask for. Now, you are going back on your words. Was it not you who told me the story of, King Harishchandra, and its moral that we should honor our promises no matter what?’


It was time for me to call the shots. ‘Our promise must be kept.’


‘Are you out your mind?’ chorused my mother and wife.


‘No. If we go back on our promises, she will never learn to honor her own. Sindu, your wish will be fulfilled.’ with her head clean-shaven, Sindu had a round-face, and her eyes looked big and beautiful.


On Monday morning, I dropped her at her school., It was a sight to watch my hairless Sindu walking, towards her classroom., She turned around and waved.


I waved back with a smile. Just then, a boy alighted from a car, and shouted, ‘Sinduja, please wait for me!’, What struck me was the hairless head of that boy.
‘May be, that is the in-stuff’, I thought.


‘Sir, your daughter Sinduja is, great indeed!’ Without introducing herself, a lady got out of the car, and continued,’ That boy who is walking along with yourdaughter is my son Harish. he is suffering from… … leukemia.’ She paused to muffle her sobs.


‘Harish could not attend the school for the whole of the last month. He lost all his hair due to the side effects of the chemotherapy. He refused to come back to school fearing the unintentional but cruel teasing of the schoolmates.’ Sinduja visited him last week, and promised him that she will take care of the teasing issue.But, I never imagined she would sacrifice her lovely hair for the sake of my son! Sir, you and your wife are blessed to have such a noble soul as yourdaughter.’


I stood transfixed., And then, I wept., ‘My little Angel, you are teaching me how self-less real love, is!’


*The happiest people on this planet are not those who live on their own terms but are those who change their terms for the ones whom they love..*


Tuesday, January 12, 2010

Tahukah Anda?


Tahu atau Alert?

Mana yang sesuai?

Atau leka? Mungkin lalai?


ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ
"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan"


Sebut 1 huruf dah dapat 10 ganjaran. Andai kata diberitahu sebut satu huruf dapat rm10, alamatnya berlumbalah orang nak baca.. Baca apa ni?? Baca al-Quran. Kalam Allah. MasyaAllah, maha mengurniakan DIA. Yakinlah setiap kebaikan pasti beroleh balasan yang baik.. Jom kita sama-sama rebut peluang... untuk eternal life di akhirat sana, insyaAllah..



mengaji, yuk!