Wednesday, August 4, 2010

Mari Merebut Peluang!


TAWARAN PINJAMAN PELAJARAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR SESI KEDUA TAHUN 2010


TAWARAN PINJAMAN PELAJARAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR SESI KEDUA TAHUN 2010

Pemohon adalah dipelawa untuk memohon Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor dan Pinjaman Pelajaran Tenaga Mahir `Fast Track' bagi mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi Sesi Kedua Tahun 2010 bermula pada 02 Ogos 2010 (Isnin)


1. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN


Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat D.Y.M.M. Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:

(i) Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau

(ii) Ibu atau Bapa pemohon lahir di Negeri Selangor; atau

(iii) Pemohon lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974; atau

(iv) Pemohon telah bermastautin lebih dari lima (5) tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung.


2. Tawaran ini adalah terbuka bagi peringkat pengajian seperti berikut:

(i) Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor:


Semua bidang pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/ Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang diiktiraf oleh Kerajaan serta pengajian peringkat Sijil di Politeknik/ Kolej Komuniti (tidak termasuk Matrikulasi/ Kursus Persediaan/ Tahun Asas/ A-Level/ ACCA/ LCCI/ Ijazah Lanjutan).

(ii) Pinjaman Pelajaran Tenaga Mahir ?Fast Track? Negeri Selangor:


Bidang kemahiran dan teknikal peringkat Sijil di IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian dalam tempoh kurang dari satu (1) tahun sahaja.


3. Pemohon juga mestilah memenuhi syarat-syarat kelayakan akademik seperti berikut :


Peringkat Pengajian

Kelayakan Akademik


Ijazah Pertama

  • Memperolehi kelayakan Sijil Tahun Asas / Pra-Ijazah / Matrikulasi / Diploma dengan kelulusan PNGK / CGPA 2.50 ke atas ; atau
  • Memperolehi sekurang-kurangnya empat (4) Gred C dalam mana-mana matapelajaran di peringkat STPM ; atau
  • Memperolehi sekurang-kurangnya lima (5) kelulusan (jayyid) dalam mana-mana matapelajaran di peringkat STAM


Diploma

  • Memperolehi sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam mana-mana matapelajaran di peringkat SPM; atau
  • Memperolehi kelayakan Sijil dengan kelulusan PNGK / CGPA 2.50 ke atas.


Sijil IPTA

  • Memperolehi sekurang-kurangnya empat (4) kepujian dalam mana-mana matapelajaran di peringkat SPM

Sijil IPTA

(Bidang kemahiran & teknikal sahaja)

  • Memperolehi sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian dalam mana-mana matapelajaran di peringkat SPM;


PROSEDUR PERMOHONAN

1. Borang permohonan berharga RM3.00 boleh diperolehi melalui :

i) Kaunter: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Cawangan Biasiswa & Pinjaman Pelajaran, Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor; atau

ii) Pos: Dengan mengemukakan sampul surat 16 cm x 23 cm yang dilekatkan dengan setem 50 sen beralamat sendiri beserta wang pos/ money order bernilai RM3.00 atas nama Bendahari Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor ke alamat seperti yang tersebut di bawah.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan ke alamat berikut:


Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Cawangan Biasiswa & Pinjaman Pelajaran
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

2. Tarikh tutup permohonan adalah pada 01 Oktober 2010 (Jummat). Borang-borangyang diterima selepas tarikh tersebut atau didapati tidak lengkap tiadak akan dipertimbangkan. Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan permohonan, sila hubungi Urus Setia di talian 03-55212275 atau 03-55447480/7543

3. Permohonan yang tidak mendapat sebarang maklumbalas dalam tempoh tigas (3) bulan selepas tarikh tutup permohonan ini adalah dianggap tidak Berjaya. Keputusan permohonan boloeh disemak melalui laman web rasmi Negeri Selangor www.selangor.gov.my

No comments:

Post a Comment