haha.. *wink2*
Ini entry khas buat majid a.k.a Siti Suhaili Sarif. Tapi it's open for every reader tau.. =) hehehe. O ya! Bukan nak suruh majid join myJodoh ni tau.. hehehe. Sebenar-benarnya, atas pertanyaan majid berkaitan apa tu myJodoh membuatkan saya rasa macam nak klik je kat link tu. Nak-nak lagi bila iklan tu ada dengan magic dan gahnya dekat semua blog saya. Mujur di pinggiran blog sahaja. Mungkin ada yang saya terlepas pandang sampai iklan tu ada dalam blog saya.
Tapi, hakuna matata.. No worries. Iklan saja pun, tak jadi masalah. Dan saya baru klik link tu tadi untuk tahu myJodoh ni virus ke mende...?? Sebab saya sangat-sangat tidak berani untuk klik mana-mana link yang nampak macam kurang meyakinkan.
Saya klik myJodoh. Hasilnya, saya dapat tahu, founder myJodoh ni iaitu, Encik Mohd Azrul Alwi sendiri telah bertemu jodohnya di myJodoh. Menarik bukan? Itulah yang bagusnya, bila founder ada proof, makanya lebih meyakinkan orang ramai untuk mencuba mencari pasangan dengan menggunakan khidmat myJodoh..
Menariknya, myJodoh ni disasarkan kepada muslim. Ruang lingkup merangkumi Malaysia-Indonesia-Singapura-Brunei. Mungkin ada yang hendak cuba mendaftar myJodoh? Ada pendaftaran yang berbayar dan ada yang percuma. Tapi saya tidaklah cuba-cuba untuk mendaftar.. ehehehe.. Mungkin boleh lawati laman web myJodoh untuk maklumat lanjut.
Laman web ni dibangunkan pada tahun 2002 dan masih lagi bertahan sehingga kini. Masih ada lagi yang baru mendaftar. Masih lagi satu laman web mencari jodoh yang aktif. Mungkin boleh dipercayai. Dan lagi, ada artikel-artikel sebagai panduan yang turut dimuatkan dalam laman web myJodoh ni. Mungkin boleh mencuba bagi sesiapa yang tekad untuk mencuba. Sekian untuk myJodoh.. (",)
Itu cerita myJodoh.. Bagaimana pula dengan my jodoh???
haha. I've no answer for that question. Saya tak pernah cuba untuk mencari, saya tak pernah cuba untuk memberi peluang, saya belum cukup berani dan saya kurang berkeyakinan. Tapi saya percaya, tiap apa yang berlaku ada alasannya sama ada saya sedar atau tidak. Allah tu maha mengetahui apa yang zahir dan apa yang tersembunyi. DIA ada percaturan-NYA. Kita sebagai hamba-NYA perlu percaya pada ketentuan-NYA. Namun, apa-apa pun, kita perlu juga untuk berusaha sebelum berserah segalanya kepada DIA.
Kepada yang sudah berumah tangga, semoga anda bahagia bersama membina baitul muslim. Kepada yang masih single seperti saya, take your time, persiapkan diri sebagai seorang muslim, muslimah. Anda sudah bersedia tapi belum ketemu jodoh? Jangan terlalu risau kerana mungkin anda rasa anda sudah bersedia tetapi hakikatnya masih ada ruang yang perlu anda perbaiki dalam diri masing-masing. Dan tak terkecuali, peringatan ini buat saya juga.. (",)
Akhir kalam, cintailah Allah, Rasul, ibu bapa dan diri anda sendiri sebelum melabuhkan kasih pada yang bukan muhrim. Wallahu'alam.
ijat,wah sgt terharu..siap buat entri khas utk kita.hehe
ReplyDeletekirenya yg iklan 2,tb2 ade kt blog ijat ke?
ingtkn kalo kita register,benda 2 akn msk kt blog kita..kira ijat xtaula ek cmne die iklan ni ada?hehe
wah ijat jgn tkut.kita yakin,jodoh ijat baik orgnya...x sbr nk tau sape jodoh ijat..hehe
haha. a'a jid. magic. tba2 ada.
ReplyDeletekte xda plk reg kat website myjodoh
xpnah singgah pn seigt kte
haha. majid xsaba kte lg xsaba.. ehehehe
tunggu majid dulu la.. *wink2*