Tuesday, January 18, 2011

PTPTpu


Ada apa dengan PTPTpu?


Saya baru dapat third letter dari PTPTN tadi. Sekarang ni tahun baru 2011. Tapi surat yang saya dapat tadi adalah penyata bagi tahun 2009. Kenapa baru sekarang? Kenapa bukan tahun lepas? Atau paling lewat, end of december LAST YEAR? Kenapa baru sekarang dapat penyata untuk 2009?


Mungkin saya kena call PTPTN untuk tanya sendiri?


Kos pentadbiran sebulan adalah RM16.25. Meaning to say, setahun kos pentadbiran adalah bersamaan dengan RM195. Fuuuhhhh percuma je ke dapat RM195 every year? Apakah yang termasuk dalam kos pentadbiran itu?


Mungkin saya kena call PTPTN sendiri untuk dapatkan jawapan?


Pendapat saya, kalau every month PTPTN dibayar dengan RM16.25 satu kepala untuk this so call 'kos pentadbiran', kenapa tidak penyata 2009 ni saya dapat tahun lepas? Itu baru satu kepala iaitu kepala saya. Belum kepala-kepala yang lain yang mungkin mencecah puluhan ringgit bagi kos pentadbiran mereka.


Dan lagi, dalam masa dua tahun ni, baki pinjaman bertambah lebih RM200. Saya belum lagi bergelar guru pelatih tapi hutang semakin bertambah. Ohhhh ini memang mendatangkan marah.


Mungkin saya kena pergi Damansara Heights sendiri untuk clarify this matter?


Segalanya mungkin... Hmmm. Ya Allah, Kau berilah hidayah kepada pucuk pimpinan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.. amin ya Rabbal alamin..


oho lupa! Saya tak mahu dikatakan 'bagai melepaskan anjing yang tersepit,'  em hm thanks a lot PTPTN sebab telah membantu di awal kemasukan saya ke ipta. Jasamu dikenang~ (",)

1 comment:

  1. huhuhu
    kita serupa
    saya pun baru dapat penyata ptptpu untuk 2009 pada tahun 2011 ini


    pelik tol wat ayat BM sepenuhnya
    p/s: saya adalah seorang penerima kpm yang telah habis bayar ptptpu(huhuhu)
    guess who am i

    ReplyDelete