Cuba.. Adik lelaki saya tak berhenti promote lagu Aidil ni sebelum dia balik Kelantan dua bulan lepas. Sekarang saya nak kongsikan sebahagian liriknya di sini..
Ada angin yang melintang
Ada halang yang terbentang
Setiap sudut itu dirasakan susah
Setiap satu itu dirasakan payah
Ada taufan yang menderu
Ada petir yang meluru
Setiap peluang dirasakan tipis
Setiap hela nafas dirasakan nipis
Pasti ada puncanya
Ada hikmahnya
Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba tuk berserah
Cuba dan cuba tuk percaya
Ada awan kegelapan
Ada langit berlapisan
Setiap ramalan terasa bagai mendung
Setiap musim terasa bagai tengkujuh
Pada baris
Butir doa
Kau memohon
Kau berserah
Hanya
Pada
DIA... DIA...
Kehidupan.. Raihan ft Inteam. Lagu ni mengingatkan saya pada seorang sahabat sebab ada lirik yang bermakna buatnya... buat kita semua, insyAllah.
"Ujian adalah tarbiyah dari Allah. Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya.
Kesenangan yang datang selepas kesusahan, semuanya adalah nikmat dari Tuhan.."
... dan tak lupa, dia jugaklah yang banyak mengingatkan saya tentang ujian, tarbiyah Allah sebelum ni. Saya masih ingat lagi. Terima kasih, fiqah. Suka untuk saya kongsikan jugak liriknya dekat sini.
Kesenangan yang datang tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesengangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan
Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa
Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada Tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali
Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita kan sabar atau pun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari Tuhan
Finally... I love this song. Lukisan Alam.
Hidup tak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
Begitu aturan Tuhan
Jadilah rumput nan lemah lembut
Tak luruh dipukul ribut
Bagai karang di dasar lautan
Tak terusik dilandai badai
Dalam sukar... hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang... awasi kealpaanmu
Setitis derita melanda
Segunung kurniaan-NYA
Usah mengharap kesenangan
Dalam perjuangan perlu pengorbanan
Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan
Begitu ajaran Tuhan
Dalam diam... taburkanlah baktimu
Dalam tenang... buangkanlah amarahmu
Suburkanlah sifat sabar
Dalam jiwamu itu
Suburkanlah sifat sabar
Di dalam jiwamu itu
Indah lirik, indah jugak melodinya. Ilham DIA buat mereka yang menulis lirik dan menggubah lagu supaya dapat dikongsikan bersama supaya dapat diteladani bersama..
Setiap perjalanan hidup kita adalah aturan dari-NYA. Bila ada sesuatu menimpa baik sebesar zarah sekali pun, kepada-NYA kita berserah pasti ada jalan yang ditunjukkan buat kita, pasti ada kekuatan yang dipinjamkan lagi untuk kita, insyaAllah..
Sengaja saya kongsikan lirik lagu yang saya kenangkan bila sampai rasa sedih melampau sebab secara tak langsung saya sendiri akan jadi lebih positif selain sememangnya mengingatkan pada yang Hakiki dan sedarkan saya masih punya DIA yang maha mengasihani.
Percayalah, lagu antara terapi ubat jiwa. Pastikan kita tidak tersalah memilih hiburan itu. Namun perlu diingatkan, terapi terbaik yang tiada tandingan pastilah daripada kalamullah. Subhanallah maha suci Allah yang maha mencipta. Al-Quran itu sememangnya tiada tandingan. Bacalah dan ingatilah DIA, dengannya jiwa akan menjadi tenang.. InsyAllah. Tiada keraguan.
Lirik-lirik ini juga saya kongsikan istimewa buat sahabat saya yang juga saudara seIslam saya, semoga dia sentiasa tabah dan sabar dengan tarbiyah dalam kehidupan. Bukan kehidupan namanya andai semuanya lancar tanpa sebarang ujian. Ujian itu mematangkan kita, bukan?
Satu perkara yang saya sangat senang dengan dia, bila dia sentiasa fikir positif dengan apa yang ditempuhi. Allah suka hamba-NYA sentiasa berfikiran positif kan?
Akak kagum dengan fiqah.
Jauh dari mata bukan bermakna dilupa..... sebab dia antara teman maya yang dekat dengan hati saya. Saya yakin dia kuat. Kuat untuk hadapi apa jua yang dah tertulis sejak azali. DIA lebih tahu bukan? Believe me... you're stronger in your own way, fiqah.
Senyuman lepas tangisan adalah yang paling manis kan? (",)
Andai fiqah terbaca entry ni, ingatlah ramai yang mendoakan kesejahteraan fiqah tak terkecuali akak... doa akak, akan ada pertemuan kedua untuk kita selepas ni.. InsyaAllah. Mungkin waktu itu fiqah dah bergelar 'laoshi'.. (",)
tk byk2 akak...
ReplyDeletei'm touched...
insyaAllah, i'm stronger...
sbnarnya Allah kan dah sediakan kekuatan dlm diri kita utk tempuhi ujian,
cuma kita yang perlu menyelam ke hati sdri,
mencari kekuatan 2 kan...
alhamdulillah, Allah juga pinjamkan kekuatan org sekeliling...
tk byk2 akak...
syg akak...
=)