Al-Quran diturunkan oleh Allah S.W.T sebagai mukjizat terbesar Nabi Muhammad S.A.W untuk disampaikan kepada seluruh umat manusia. Di dalamnya terkandung pelbagai khasiat, vitamin fizikal & spiritual untuk kesejahteraan hidup selain menjadi 'global positioning system' (GPS) terbaik untuk memudahkan pemanduan ke jannah yang abadi.
Sepotong doa yang ingin dikongsikan bersama pada hari ini adalah potongan dari surah al-Baqarah, ayat ke-250. Mudah. Ringkas. Padat. Kepada adik-adik sekolah yang nak impress ibu bapa dengan perubahan positif, yakni menjadi lebih sabar dari hari-hari yang sebelumnya, bolehlah mencatat potongan ayat ini di dalam buku nota kecil dan boleh mula menghafal.
nota tengah : 'Impress' di sini bukan bermaksud menjadi bangga diri, riak mahu pun ujub tetapi lebih kepada menyenangkan hati ibu bapa dalam perubahan ke arah yang lebih baik, yakni menjadi anak yang soleh dan solehah, insyaAllah..
Baiklah, dengan lafaz,
.. بسم الله الرحمن الرحيم
Terjemahannya : "Wahai Tuhan kami, limpahkanlah sabar kepada kami dan teguhkan tapak pendirian kami serta menangkan kami terhadap kaum yang kafir." |
Janji dengan manusia, manusia tetap manusia. Yakinlah dengan Allah, janji-NYA pasti. Potongan surah yang ringkas ini hasilnya lumayan. Maka, mari kita mengamalkannya setiap kali berdoa sesudah solat.
InsyaAllah, berkat usaha, cepat mahu pun lambat pasti ada hadiahnya. Sabar itu bukan datangnya tiba-tiba tanpa usaha dan kecekalan, tetapi tak mustahil hilangnya sekelip mata dek kerana tewas dengan godaan. Maka dengan itu, bolehlah berdoa mohon ketetapan hati, istiqamah dengan setiap amalan, insyaAllah dipermudahkan.
(",)
No comments:
Post a Comment