Friday, June 24, 2011

L.I.B.E.R.A.L.I.S.M.E.




*untuk awak & awak....*


"Saya mencari tudung bidang 50 @ 60.. Boleh awak recommend mana-mana places yang senang dijumpai tudung bidang 50 @ 60 yang berbentuk empat segi dan perlu dilipat menjadi lebih kurang seperti tiga segi sebelum diletakkan di atas kepala untuk dijadikan hijab?"


"Ala beli je tudung siap tu. Up to date la sikit."


"Tak mahu.. Nak yang macam saya biasa pakai ni,"


"Tak ada dah.. Orang sekarang pakai yang lilit-lilit tu ke tak pun yang sauk terus je tu,"


"Yang lilit-lilit macam nak terbelit tu? Tak takut ke nanti dekat akhirat kena lilit dengan ular pulak?"


"Apa kes? Ada hadis? Dalam surah mana?"


"Awak ni,"


"Betul apa aku kata. Kau ni cuba berfesyen sikit. Tak ada la orang boring tengok,"


"Tak apa, yang penting nanti jangan suami saya yang boring. Apa yang lebih penting, saya takut Allah 'boring' tengok saya,"


"Kau ni cakap ikut sedap mulut je. Allah mana boring. Allah kan adil,"


"Bukan saya cakap ikut sedap mulut,"


 "Ala apa-apa ajela. Kau pergi Jalan TAR nanti. Cari je dekat situ. Belambak ada tudung fesyen lama gitu."


"Tapi kebanyakan yang saya tengok sekarang tudung stail baru tu,"


"Itulah aku kata, kau kena pandai berfesyen.. Ala kalau tak jumpa dekat Jalan TAR, try usha Jalan Masjid India pulak. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih,"


"Kalau nak pakai fesyen macam awak ni, senang tak?"


"Senang je, kau try la. Percayalah aku cakap. Yang penting cantik."


"Yang penting cantik?"


"Of course,"


"Sampai orang lain pandang dua tiga kali? Pusing 360º, gitu?"


"Of course. Aku jujur. Orang lain mungkin akan kata taklah mana ada gitu, tapi aku cakap direct. Memang aku nak orang pandang aku,"


"Tapi dulu awak pakai tudung macam saya ni pun tetap sweet, anggun. Ikut syariat lagi.  Tak ada pulak sampai lilit-lilit macam ni. Tudung ni nak halang dari pandangan lelaki ajnabi tau awak. Kecantikan awak, suami saja yang ada hak. Bersederhana la awak senang kata,"


"Hah iya la. Sederhana lah ni. Sama la jugak macam sekarang ni. Ikut syariat apa. Labuh tutup dada."


"Tapi tak tertutup sepenuhnya. Ini bukan ikut syariat ni awak, ni ikut fesyen. Takkan dalam nak tutup aurat kena berfesyen sampai macam ni, awak. Awak tak rasa pelik ke?"


"Apa yang peliknya?"


"Peliknya pada cara pemakaian tudung awak sekarang ni,"


"Ni orang tak panggil tudung la. Selendang. Sedap sikit shawl. kau nak kain yang macam mana, semua ada."


"Saya nak kawan saya yang dulu,"


"Kita tak boleh duduk dekat takuk lama la wei. Come on la. Orang sekarang dah lebih berani dalam berfesyen. Islam tu mudah, right?"


"Ya, Islam memang mudah. Tapi rasanya awak dengan kawan-kawan awak terlalu ambil mudah dengan Islam. Awak dah lari dari landasan,"


"Landasan apa pulak ni... Kereta api? Kapal terbang? Meleret la kau ni. Kau nak tanya mana nak dapat tudung bidang 50 @ 60 yang berbentuk empat segi dan perlu dilipat menjadi lebih kurang seperti tiga segi sebelum diletakkan di atas kepala untuk dijadikan hijab, kan?"


"Em em,"


"Hm so aku dah bagitau mana kau boleh try usha, apa lagi.. Kau yang pelik aku rasa. Orang semua dah ke bulan kau masih lagi gali tanah,"


Saya cuma kesian dekat awak,"


"Apa kes kau nak kesian dekat aku tiba-tiba ni? Kesian dekat diri kau dulu tu ha.. Outdated. Old-fashioned."


"Awak tahu tak kita pakai tudung ni untuk apa sebenarnya?"


"Tutup auratla."


"Syaratnya macam mana?"


"Tak nampak rambut. Tutup dada."


"Yang sekarang ni awak pakai, macam mana?"


"Tutup dada la ni. Rambut pun tak nampak. Kau nak cari salah aku, cepat je kan,"


"Bukan saya nak cari salah awak. Saya sayang awak. Tutup dada ke macam ni, awak?"


"Tak cukup tutup lagi ke?"


"Belum. Ini macam gaya ayah balut nangka dekat belakang rumah saya tu je awak,"


"Kau hina aku?"


"Bukan hina, tapi saya cuba jadi jujur. Okay, fesyen awak semalam masa dinner faculty, fesyen apa pulak tu yang awak pakai?"


"Itulah kau ni, orang semua maju ke depan. Kau still nak duduk dekat tempat lama. Itu latest fashion tau. Malas aku cakap panjang-panjang. Kau bukan tahu pun."


"Itu fesyen dekat dalam rumah je awak. Bukan untuk tayangan umum. Fesyen macam waktu saya lepas cuci rambut. Leher walaupun awak dah tutup dengan lilitan apetah saya tak tahu nama dia, tapi nampak jelas bentuk leher, bukan? Dada pun tak tutup. Kalau setakat tutup dengan baju atau kain perca sana-sini, bukan tutup aurat macam tu. Itu bukan maju namanya tu awak. Lagi mundur saya rasa. Kita ni umat akhir zaman memang seakan kembali ke zaman jahiliyyah. Saya takut. Saya sayangkan awak,"


"Kau ni melampau tau. Kau tu yang berfikiran sempit. Islam ni tak menyusahkan umat lah."


"Siapa kata Islam menyusahkan umat?"


"Tak perlu orang kata. Tengok kau ni je aku rasa kau buat Islam jadi complicated,"


"Awak rasa macam tu?"


"Kau rasa macam mana?"


"Saya rasa awk buat Islam jadi liberal."


"Open minded la sikit kau ni. Malas dah la aku nak cakap. Kau bukan faham pun."


"Saya tak nak cuba faham liberalisme. Saya takut."


"Apa kau kata?"


"L.I.B.E.R.A.L.I.S.M.E."


"Liberalisme?"





*maaf terkasar bahasa dgn awak & awak..... renung-renungkan*

 

Monday, June 20, 2011

Percaya atau Tidak?


Percaya atau tak seseorang tu berkaitan sesuatu perkara, bukan 100% kerja mata. Tapi mata kena bekerjasama dengan hati & akal yang Allah dah bagi. Hasilnya, kepercayaan akan lebih berasas, pasti dan lebih berkeyakinan.

Contoh macam gambar dekat bawah ni,
 

 


Ini gambar apa agak-agaknya?


Gambar macam inilah yang dikatakan bukti tak kukuh. Bukti kurang jelas. Bukti tak meyakinkan. Bukti ada keraguan.


Mata kita hanya melihat gambar yang telah diambil dari angle yang begitu dan terus kita jump to conclusion,

"he's dating with somebody and he's doing something."

which is wrong, sebab bukti yang kita ada meragukan. Tapi tak salah kalau yang kata kelakuan sebegini menimbulkan fitnah. Tuduhan begitu lebih berasas daripada tuduhan yang lebih berat.


Hakikatnya kalau kita lihat perkara yang sebenar,




inilah realitinya...


Tuesday, June 14, 2011

Belacak


Saya baru 1st time dengar nama sejenis haiwan ni last month.. Hiburan belacak pada suatu petang bersama housemate di sabak bernam. Sabak Bernam Waterfront.. hoho bunyi macam hebat, sabak bernam waterfront.. haha.


Gambar yang dipaparkan bawah ni bukanlah dekat sabak waterfront tapi di bno..... hiburan suatu petang juga.


Ini dia belacak and the gang.....



Ini baru tiga sekawan..


Mereka berlapan
Ini yang gagah menongkah ombak



Tiga gambar dekat atas menggambarkan belacak yang hebat. Hebat bertahan dan terus bertahan.


Okay sekarang saya post gambar before, meaning to say, sekampung belacak sedang sunbathing di BNO sebelum air pasang melimpah ruah. Kalah mat saleh you.. Tapi gambar tak ceritakan everything. Hakikatnya, umpama ada pesta belacak waktu itu.


Take a look at these two pictures..



Siang pesta muda-mudi~

Hobi kami ialah berjemur

Saya sangat teruja umpama melihat binatang yang sudah pupus seperti burung dodo misalnya. Buat para ibu bapa dan guru, tugas anda, pastikan anak-anak dan kanak-kanak tidak ketinggalan mengenal dunia dan isinya.. (",)


Sekian..


Lokasi penggambaran : Pantai Bagan Nakhoda Omar (BNO), Sabak Bernam, Selangor.


Tuesday, January 18, 2011

PTPTpu


Ada apa dengan PTPTpu?


Saya baru dapat third letter dari PTPTN tadi. Sekarang ni tahun baru 2011. Tapi surat yang saya dapat tadi adalah penyata bagi tahun 2009. Kenapa baru sekarang? Kenapa bukan tahun lepas? Atau paling lewat, end of december LAST YEAR? Kenapa baru sekarang dapat penyata untuk 2009?


Mungkin saya kena call PTPTN untuk tanya sendiri?


Kos pentadbiran sebulan adalah RM16.25. Meaning to say, setahun kos pentadbiran adalah bersamaan dengan RM195. Fuuuhhhh percuma je ke dapat RM195 every year? Apakah yang termasuk dalam kos pentadbiran itu?


Mungkin saya kena call PTPTN sendiri untuk dapatkan jawapan?


Pendapat saya, kalau every month PTPTN dibayar dengan RM16.25 satu kepala untuk this so call 'kos pentadbiran', kenapa tidak penyata 2009 ni saya dapat tahun lepas? Itu baru satu kepala iaitu kepala saya. Belum kepala-kepala yang lain yang mungkin mencecah puluhan ringgit bagi kos pentadbiran mereka.


Dan lagi, dalam masa dua tahun ni, baki pinjaman bertambah lebih RM200. Saya belum lagi bergelar guru pelatih tapi hutang semakin bertambah. Ohhhh ini memang mendatangkan marah.


Mungkin saya kena pergi Damansara Heights sendiri untuk clarify this matter?


Segalanya mungkin... Hmmm. Ya Allah, Kau berilah hidayah kepada pucuk pimpinan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.. amin ya Rabbal alamin..


oho lupa! Saya tak mahu dikatakan 'bagai melepaskan anjing yang tersepit,'  em hm thanks a lot PTPTN sebab telah membantu di awal kemasukan saya ke ipta. Jasamu dikenang~ (",)

Saturday, January 8, 2011

myJodoh?


haha.. *wink2*


Ini entry khas buat majid a.k.a Siti Suhaili Sarif. Tapi it's open for every reader  tau.. =)  hehehe. O ya! Bukan nak suruh majid join myJodoh ni tau.. hehehe. Sebenar-benarnya, atas pertanyaan majid berkaitan apa tu myJodoh membuatkan saya rasa macam nak klik je kat link tu. Nak-nak lagi bila iklan tu ada dengan magic dan gahnya dekat semua blog saya. Mujur di pinggiran blog sahaja. Mungkin ada yang saya terlepas pandang sampai iklan tu ada dalam blog saya.


Tapi, hakuna matata.. No worries. Iklan saja pun, tak jadi masalah. Dan saya baru klik link tu tadi untuk tahu myJodoh ni virus ke mende...?? Sebab saya sangat-sangat tidak berani untuk klik mana-mana link yang nampak macam kurang meyakinkan.


Saya klik myJodoh. Hasilnya, saya dapat tahu, founder myJodoh ni iaitu, Encik Mohd Azrul Alwi sendiri telah bertemu jodohnya di myJodoh. Menarik bukan? Itulah yang bagusnya, bila founder ada proof, makanya lebih meyakinkan orang ramai untuk mencuba mencari pasangan dengan menggunakan khidmat myJodoh..




Menariknya, myJodoh ni disasarkan kepada muslim. Ruang lingkup merangkumi Malaysia-Indonesia-Singapura-Brunei. Mungkin ada yang hendak cuba mendaftar myJodoh? Ada pendaftaran yang berbayar dan ada yang percuma. Tapi saya tidaklah cuba-cuba untuk mendaftar.. ehehehe.. Mungkin boleh lawati laman web myJodoh untuk maklumat lanjut.


Laman web ni dibangunkan pada tahun 2002 dan masih lagi bertahan sehingga kini. Masih ada lagi yang baru mendaftar. Masih lagi satu laman web mencari jodoh yang aktif. Mungkin boleh dipercayai. Dan lagi, ada artikel-artikel sebagai panduan yang turut dimuatkan dalam laman web myJodoh ni. Mungkin boleh mencuba bagi sesiapa  yang tekad untuk mencuba. Sekian untuk myJodoh.. (",)


Itu cerita myJodoh.. Bagaimana pula dengan my jodoh???


haha. I've no answer for that question. Saya tak pernah cuba untuk mencari, saya tak pernah cuba untuk memberi peluang, saya belum cukup berani dan saya kurang berkeyakinan. Tapi saya percaya, tiap apa yang berlaku ada alasannya sama ada saya sedar atau tidak. Allah tu maha mengetahui apa yang zahir dan apa yang tersembunyi. DIA ada percaturan-NYA. Kita sebagai hamba-NYA perlu percaya pada ketentuan-NYA.  Namun, apa-apa pun, kita perlu juga untuk berusaha sebelum berserah segalanya kepada DIA. 


Kepada yang sudah berumah tangga, semoga anda bahagia bersama membina baitul muslim. Kepada yang masih single seperti saya, take your time, persiapkan diri sebagai seorang muslim, muslimah. Anda sudah bersedia tapi belum ketemu jodoh? Jangan terlalu risau kerana mungkin anda rasa anda sudah bersedia tetapi hakikatnya masih ada ruang yang perlu anda perbaiki dalam diri masing-masing. Dan tak terkecuali, peringatan ini buat saya juga.. (",)


Akhir kalam, cintailah Allah, Rasul, ibu bapa dan diri anda sendiri sebelum melabuhkan kasih pada yang bukan muhrim. Wallahu'alam.



Friday, January 7, 2011

Senam Biji Mata & Saraf Otak


3 ujian otak untuk dikongsikan bersama. Hanya ada satu peraturan.

Peraturan : Sila jangan menggunakan tetikus atau menggerakkan cursor di bahagian huruf ya!



1- Cuba cari huruf C daripada huruf di bawah



OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOCOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO



Sudah jumpa C? Baik!



2- Cuba cari angka 6 pula



99999999999999999999999999999999999999999999999
99999999999999999999999999999999999999999999999
99999999999999999999999999999999999999999999999
99999999999999999999996999999999999999999999999
99999999999999999999999999999999999999999999999
99999999999999999999999999999999999999999999999



Jumpa sudah angka 6? Bagus!



3- Sila pusatkan minda dan mata, cari huruf N



MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMNMM
MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM



Jumpa? Brilliant!



Herm.. Bila difikirkan, ujian ini tidaklah sesukar mana. Minda anda perlu fokus. Mata anda perlu tajam. Jika tidak jumpa? Cuba sehingga berjaya. Tidak jumpa lagi? Cuba esok pula. Masih tak jumpa juga? Aha.. Cuba jumpa neurologist.. (",)

Ada satu lagi ujian yang saya kira sudah agak popular. Tapi tidak mengapa, sharing is caring. Herm.. Cuba baca ayat english di bawah.



I cdnuolt blveiee that I cluod aulaclty uesdnatnrd what I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno’t mtaetr in what oerdr the ltteres in a word are, the olny iproamtnt tihng is that the frsit and last ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can still raed it whotuit a pboerlm. This is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the word as a wlohe. Azanmig huh? Yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt!



Okay? Success? Berdasarkan fowarded email yang saya selak-selak, katanya hanya 55 daripada 100 orang yang berjaya. Hermmm... Is it? Saya seperti agak kurang yakin dengan kenyataan itu. Apa yang boleh saya katakan, you need to have the knowledge of english language in order to read the sentences. Saya percaya, andai kita sudah mahir dengan mana-mana bahasa, bukanlah sesuatu yang sukar untuk membaca huruf yang tidak tersusun dalam mana-mana ayat provided that the first and the last letter is in the right order. Emmm... anyway, credit fowarded email!

*wink2*


Friday, December 10, 2010

Ada Apa dengan BIRTH-DAY?


Dialog seorang anak dara bersama seorang wanita bernama emak di pagi yang hening...


"Mak, sampai hati mak..."

"Apa?"

Huuuhuuhuuuuu~~ Sayu si anak gadis berpura-pura menangis.

"Sampai hati mak, penat-penat adik kecohkan birthday adik semalam. Mak tak wish apa pun hari ni.. huhuu.."

"Baca yaasin tu,"

Erk.. Terdiam si gadis. 'Adik dah baca semalam... hehehe..' hati kecilnya membalas girang. Segaris senyuman terlukis di raut wajah gadis itu. Ucapan hamdalah bergema di sanubari.



***********


Ada Apa dengan BIRTH-DAY??

Saya berdialog dengan mak saya pada awal pagi tadi, 4 Muharram 1432H. I'm getting older!! Mengikut kalendar hijrah, tarikh lahir saya adalah pada 4 Muharram 1407. Bermakna, saya sudah melangkah ke jubli perak. Ya, saya sudah 25 tahun selepas maghrib semalam. Tetapi mengikut perkiraan masihi, saya masih lagi 24 tahun 3 bulan 1 hari.

Herm, ada apa dengan birthday? Selepas berdialog dengan mak pagi tadi, saya terfikir,

Ada apa dengan birthday? Kenapa orang yang dilahirkan terlebih excited daripada orang yang melahirkan? Siapa yang sepatutnya dapat penghargaan? Hadiah-hadiah? Ucapan tahniah?

Seingat saya, sepanjang hidup 25 tahun ni, saya tak pernah lagi cakap dekat mak, terima kasih lahirkan adik, mak.. Tak pernah saya ucapkan kata-kata tu pada setiap ulang tahun kelahiran saya. Tak pernah. Hakikatnya mak yang susah payah mengandung 9 bulan 10 hari, kemudian melahirkan saya. Saya senang lenang dalam perut, makan semua mak yang support, tau-tau bila lahir, orang bagi hadiah, orang bagi duit. Sepatutnya mak yang dapat semua tu..


Ada Apa dengan BIRTH-DAY??

Hamdan lillah, syukran lillah.. Terima kasih emak, terima kasih abah...

Bersyukurlah kita dilahirkan ke muka bumi, diberi peluang hidup sebagai hamba-NYA. Berdoalah agar kita sentiasa dalam rahmat-NYA, lahirnya kita dalam tangis gembira dan moga-moga perginya kita juga nanti ditemani amalan mulia. Moga mati kita dalam husnul-khatimah, insyaAllah.